Sabtu, 24 Disember 2011

Impian

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah.
Impian untuk mewujudkan sebuah galeri seni khat makin dipermudahkan.Untuk peringkat awal  perancangan dan strategi perlu diatur secermat mungkin.Ya Allah..permudahkanlah urusan ini andai ini baik untuk urusan agamaku dan kehidupanku.Rabbi Yassir Wala Tu'assir
Kepada sahabat-sahabat yang menyumbangkan idea , tenaga dan semestinya untuk seorang sahabat yang menyumbangkan dana untuk melihat impian ini tercapai....terima kasih seikhlasnya diucapkan.
Kepercayaan yang diberikan akan dibalas dengan kejujuran.Kepada mu Ya Allah...aku bermohon serendah diri rahmatilah sahabat-sahabatku ini  yang banyak membantu.Sesungguhnya hanya padaMu Ya Allah aku serahkan.
Aku akui banyak kelemahan dan kekurangan..Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuh ujian ini.
-QalamSeni



















Galeri Qalam Seni

Selasa, 1 November 2011

saya budak baru belajar

"HENDAK MENGAJAR BUKAN GURU,HENDAK BERSYARAH KURANG ILMU,KALAU KURANG TEGURLAH AKU"

Rabu, 21 September 2011

qalam khattat

Alhamdulillah..dengan izin dan rahmat-Nya,akhirnya Persatuan Seni Khat Melaka telah berjaya didaftarkan dengan nama "Seni Tulisan Indah Khat Kota Melaka" ( STIKMA ).Semoga usaha murni yang dijalankan ini akan melahirkan tokoh2 khat dari Negeri Melaka.

Isnin, 29 Ogos 2011

salam aidil fitri 1432 H

Berlalunya Ramadhan Al Mubarak...ada ke peluang aku untuk berjumpa Ramadhan akan datang???Ya Allah ampunkan segala kekurang dan kesilapan serta dosa2ku...hanya kepadaMu aku memohon keampunan.
Hari ini semua umat islam menyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa...mudah2an segala amal yang dilakukan mendapat ganjaran dariNya.
Saat semua umat islam bergembira..aku rasa keseorangan sangat..tidak seperti tahun2 sudah.Tahun ini aku tidak bersama anak2..aiman dan aliesya...tiada persiapan yang aku buat...harap aku tabah melalui hari2 yang mendatang.
Kepada semua teman2 dan taulan selamat hariraya aidil fitri.

Selasa, 9 Ogos 2011

design sajer2 untuk PSKK


ucapan salam


doa naik kenderaan


doa dipermudahkan segala urusan


surah al asr ( demi masa )


surah al 'alaq



pantun


koleksi pantun2 melayu



surah al ikhlas